Monday, 21 August 2017

Madu Penawar kencing kotor (Urinary Tract Infection - U.T.I.)

Ini adalah pengalaman saya sendiri di mana sebelum ini saya pernah mengalami sakit kencing kotor (Urinary Tract Infection - U.T.I.) yang begitu teruk sekali. Sudah lama saya ingin berkongsi pengalaman saya menghadapi sakit U.T.I ini kepada pembaca diluar sana yang mugkin menghadapi masalah yang sama. Baru dapat kekuatan. Tahniah kerana jumpa blog saya ini.

Saya adalah surirumah tangga dan mempunyai 3 orang anak. Ia bermula semasa saya mendapat anak yang ke-2. Anak kedua saya dilahirkan secara pembedahan akibat cord prolapse. Selepas bersalin saya mengalami kencing kotor dalam beberapa kali tetapi tidak kerap. Sebelum- sebelum itu pun, diawal perkahwinan saya pernah juga mengalami sakit kencing kotor juga tetapi tidak serius. Biasanya saya akan rebus air barli bersama gula batu untuk diminum bagi megubati sakit kencing kotor saya. Kadang-kadang jadi kadang-kadang tak. Kalau tak berkesan apa lagi kiniklah jawapnya.

Semasa anak saya berumur setahun saya telah mengandung lagi dan semasa kandungan saya berumur 2 bulan lebih saya keguguran akibat kencing kotor.Sebelum keguguran saya telah pergi kesebuah klinik berdekatan dan ditakdirkan yang bertugas pada masa itu adalah doktor ganti.  Saya memberitahu dr bahawa saya mengandung dan dia membuat ujian pengesahan dan berkata saya tidak mengandung. Saya yakin saya mengandung sebab saya telah membuat ujian sendiri dan  sudah tidak datang bulan selama 2 bulan lebih. Oleh kerana dia dr, dia telah memberikan saya ubat oral U.T.I, antibiotik dan ubat tahan sakit. Dengan keadaan saya yang sakit ketika itu saya pun makanlah ubat itu. Selepas sehari saya makan ubat tersebut saya rasa seperti sakit perut yang amat sangat dan terasa seperti nak membuang air kecil. Saya masuk ke bilik air dan membuang air kecil dan malangnya janin saya juga keluar dan saya keguguran.

Selepas beberapa bulan saya keguguran sekali lagi saya mengadung dan kali ini lahirlah anak saya yang ke-3. Anak saya yang ketiga ini juga telah dilahirkan secara pembedahan. Semasa anak saya berumur lebih kurang 8 bulan saya kena sekali lagi kencing kotor dan kali ini terlalu kerap dan seingat saya tiap-tiap bulan saya akan kena kencing kotor. Pada ketika itu air barli tidak boleh menjadi penawar lagi. Saya akan sentiasa datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan ubat sehigga saya berasa malu dengan dr yang merawat saya. Pernah saya bercakap kepada dr tersebut adakah sakit saya ini disebabkan oleh air paip yang kotor dan dr tersebut berasa kelakar dengan apa yang saya katakan. yelah tiap-tiap bulan sakit sama kat situ pulak tu, malulah saya kan.

Sakit saya pada ketika itu telah peringkat air kencing keluar bersama darah berketul-ketul dan saya berasa amat sakit dan takut. Dari apa yang saya tahu sekiranya ini berlaku ia adalah tanda sakit buah pinggang atau buah pinggang rosak! ya Allah..

Punca kencing kotor:
  • kuman yang berasal dari kulit dubur faraj atau lubang dubur bergerak menuju ke pundi kencing, ia membiak dan terus ke buah pinggang
  • tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar
  • hubungan seks yang menyumbang kepada jangkitan salur kencing, iaitu kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor
  • memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu
Gejala / Tanda-tanda kencing kotor:
  • rasa kerap mahu kencing
  • rasa pedih dan sakit semasa kencing
  • rasa tidak puas kencing
  • rasa tidak dapat menahan kencing, walaupun kuantiti air kencing itu sedikit
  • air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk
  • rasa sakit ketika melakukan hubungan seks
  • demam dan seram sejuk, sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang
  • sakit pinggang, demam, loya dan muntah

Okey nak dijadikan cerita kenapa saya yakin madu mampu menjadi penawar kepada penyakit saya, seperti biasa semasa dr sedang membuat rawatan saya bertanya kepada dr tersebut, " Dr. ada tak antibiotik yang hanya boleh membunuh kuman jahat sahaja dan tidak membunuh kuman baik"  Kenapa saya tanya bergitu kepada dr? setahu saya fungsi antibiotik adalah membunuh kuman. Sebelum ini saya pernah cuba tidak makan antibiotik ternyata sakit saya tidak akan sembuh kecuali makan antibiotik. Doktor"tidak ada" sambil geleng kepala.

Pada masa itu saya terfikir kenapa tidak ada? saya tidak puas hati. Selepas daripada itu saya pun meng google di internet untuk mendapatkan jawapan kepada masalah saya ini. Sehinggalah saya jumpa satu perbincangan forum, tak ingat forum apa tapi salah sorang forumer itu berkata "jangan lupa guna madu kerana madu adalah antibiotik semulajadi! Antibiotik di dalam Madu juga hanya membunuh kuman jahat dan tidak membunuh kuman baik yang mana ia amat baik untuk persekitaran perut dan usus". Wahhh..! inilah jawapan yang saya nak. Kenapa tidak lagi dulu saya tahu MADU adalah ANTIBIOTIK SEMULAJADI. tapi.. tapi.. tapi.. kena ingat hanya MADU ASLI sahaja yang boleh menjadi penyembuh dan penawar. Sekiranya dah mencuba madu tetapi tidak berkesan, Madu yang anda makan besar kemungkinan adalah MADU PALSU.

Apa yang saya lakukan? setiap kali sakit saya datang (terasa nak buang air) saya akan ambil satu sudu besar dan makan terus madu tanpa dibancuh air. Apa yang terjadi? saya dapat rasakan perut saya ketika itu sedang berperang dan akhirnya sakit itu hilang sedikit demi sedikit. Begitulah saya lakukan berulang-ulang sehiggalah saya sembuh sepenuhnya. Pada ketika itu saya sudah tidak makan lagi ubat Oral dan antiobiotik klinik lagi. Sehigga artikel ini ditulis anak saya telah pun berumur 3 tahun tiada lagi kencing kotor dan saya tetap mengamalkan madu untuk benteng kesihatan saya. Cuma madu yang saya ambil dosnya hanya untuk penjagaan kesihatan iaitu 1 sudu besar untuk 1 hari sudah cukup.

Bagi sesiapa yang menghadapi masalah yang sama saya hadapi sebelum ini harap perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membantu dalam menyelesaikan masalah kesihatan anda. Kalau ada yang nak beli madu yang saya makan boleh dapatkan Madu Tualang Asli di 0197710199  Facebook : Nor Pasla Suradi - Harga RM 70.00





Wednesday, 26 July 2017

Madu dan Al-Quran



Surah Al-Nahl (Lebah) 

Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah, “ Buatlah sarang di gunung-ganang, dipohon-pohon kayu dan ditempat-tempat yang dibina oleh manusia,  Ayat 68

Kemudian makanlah daripada segala (jenis) buah-buahan lalu turutlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).” Daripada perut lebah itu keluar minuman (madu) yang pelbagai jenis warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya, yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir.  -  Ayat 69