Surah Al-Nahl (Lebah)
Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah, “ Buatlah sarang di gunung-ganang,
dipohon-pohon kayu dan ditempat-tempat yang dibina oleh manusia, - Ayat 68
Kemudian makanlah daripada segala (jenis) buah-buahan lalu
turutlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).” Daripada perut lebah
itu keluar minuman (madu) yang pelbagai jenis warnanya, di dalamnya terdapat
ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya, yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir. - Ayat 69
